Tuesday, August 29, 2017

Mengenali Makanan Tradisional Iban

JOM !!! bersama saya mengenali makanan tradisional iban !! 
sebelum saya memulakan blog saya mengenai makanan tradisional iban, saya ingin memperkenalkan budaya tersebut terlebih dahulu. 

PENGENALAN 


Tradisi masyarakat iban ini adalah terdiri daripada adat, budaya, kepercayaan dan kehidupan di rumah panjang. Kini kaum iban lebihnya berada di kawasan bandar berbanding di kampung atau rumah panjai (rumah panjang). Kaum iban terkenal dengan gaya hidup yang mengamalkan amalan dan tradisi nenek moyang mereka dahulu. Adat dan budaya mereka masih diamalkan hingga ke hari ini. Ini kerana kaum iban yang berada di rumah panjang ingin mengekalkan dan membina pergaulan diantara mereka sentiasa baik dan aman. Cukup itu sahaja pengenalan yang saya sampaikan. 

baju ngepan perempuan kaum iban

baju burung lelaki kaum iban 
MAKANAN TRADISIONAL IBAN

Semua kaum di Malaysia ini memang sudah pasti mempunyai makanan tradisional tersendiri untuk diperkenalkan dan dihidangkan waktu perayaan kaum, majlis perkahwinan, dan sebagainya. jadi, saya ingin memperkenalkan kepada anda semua tentang makanan tradisional kaum saya pula iaitu iban. sebenarnya makanan tersebut adalah makanan kegemaran saya. jadi, apa salahnya saya kongsikan dengan anda semua. betul tak? (peacee). diantara makanan tradisional tersebut adalah : 



MANUK PANSUH

ini adalah bahan-bahannya.
Manuk Pansuh atau ayam pansuh merupakan makanan yang paling terkenal dikalangan orang iban. makanan tersebut bukan makanan yang sukar untuk dibuat dan dimasak. Malah, makanan tersebut menggunakan buluh yang dikenali sebagai ruas dan dipansuh didalamnya. Dikatakan makanan wajib ketika perayaan gawai.Haaa memang betul sebab rasoonyoo memang NANG ANTAP!! Lagi-lagi kalau dicampur dengan daun ubi sebagai penambah aroma. 

ayam dimasukan ke dalam buluh (ruas)
Manuk pansuh ini sesuai dimakan dengan nasi putih. bukan itu sahaja, makanan ini semua juga boleh dimasak pada hujung minggu juga bukan hanya pada waktu perayaan seperti gawai. 



MIDIN BELACAN


midin yang belum masak
Sayur midin atau nama panjangnya adalah Kemidin yang merupakan sejenis sayur yang sangat popular di sarawak. Sayur ini biasanya digoreng bersama belacan dan ada juga dimasak secara rebus bersama ikan bilis sahaja. rasanyaa jugak masih sedaapp.. 


yang dah dimasak

kalau dilihat ia seakan iras-iras sayur pucuk paku tapi sebenarnya bukan. hidangan ini bukan hanya terkenal dikalangan orang iban malah ia juga terkenal dengan orang kaum lain di sarawak. Di sarawak, terdapat beberapa kedai makan yang menyediakan masakan sayur midin dengan pelbagai cara masakan yang sedap. anda juga boleh datang ke sarawak untuk mencubaa !!


PEKASAM ENSABI 

Di Sarawak terkenal dengan pekasam ensabi. Pekasam Ensabi ini diperbuat daripada sayur dan dijeruk selama dua minggu. sebelum itu, ia dicampur dengan bahan-bahan tertentu untuk menjadikannya seperti jeruk. 

cara membuatnya

Lebih sinonim dengan nama Kasam Ensabi ia menggunakan sawi dan merupakan santapan kegemaran dikalangan kaum iban. Lagi enak sekiranya dimasak dengan pedas dan dimakan dengan nasi putih yang panas. 

kasam ensabi yang dah dimasakkk!! hmm sidapp!!



KASAM IKAN 

Kasam Ikan

Kasam Ikan ini juga makanan ala-ala jeruk yang digemari oleh orang iban. ia makanan kedua jeruk yang terkenal. banyak ikan yang dapat dijeruk seperti gambar diatas sebelum ia menjadi jeruk. ikan tersebut akan diperap dengan ramuan tertentu sehinggan sebulan lamanya, 


kasam ikan ini memang sangat menyelerakan dan sangat membuka selera untuk makan. anda boleh cubaa kekawangg.. 



UMAI 



Umai merupakan hidangan yang berasaskan ikan mentah dengan campuran beberapa bahan seperti bawang merah, cili, garam dan perahan limau untuk menghasilkan rasa yang enak. kalau di semenanjung ia lebih dikenali dengan nama Kerabu. 



Tetapi rasanya lebih berbeza daripada kerabu kerana ia lebih pedas dan lebih terkenal dikalangan orang melanau dan kini menjadi hidangan ikonik untuk orang negeri sarawak. 



PENGANAN 


PENGANAN HAAAA.. siapa yang tak kenal dengan kuih ini kalau di Sarawak ??? Kuih ini memnag terkenal dikalangan kaum iban kerana wajib disediakan pada hari perayaan. ia dibuat menggunakan tepung beras dan beberapa bahan lain sebelum dijadikan doh untuk digoreng di dalam minyak yang panas. 



sekarang ni makanan tersebut juga dijual oleh pelbagai bangsa yang menjual kuih muih di kedai. kuih ini sangat nyaman terutamanya, bahagian sisinya yang ranggup. 



KUIH CUAN  DAN KUIH SARANG SEMUT

KUIH CUAN

KUIH CUAN ini memang sangat popular dan sering kita nampak pada hari perayaan orang iban iaitu gawai dayak. menjelang hari gawai, orang iban akan membuat roti tersebut untuk dihidangkan kepada para tetamu 



kuih sarang semut

KUIH SARANG SEMUT ini juga antara kuih muih yang wajib disediakan oleh orang iban sama seperti kuih cuan yang saya katakan tadi. 


Sampai sini sahaja coretan saya untuk blog ini. sekiranya ada peluang lagi mungkin saya akan membuat entri yang lain dengan tajuk yang lain pulak!! untuk coretan kali ini maafkan saya andainya tatabahasa yang gunakan ini salah atau kurang kerana saya budak baru belajar.. :) 

para pembaca.. sekiranya anda berpeluang datang ke sarawak. saya mencadangkan anda semua untuk mencuba makanan yang saya kenalkan sebentar tadi. byee.. 




JADI APA TUNGGU LAGI ?? UNTUK MERASAKAN SENDIRI MAKANAN TRADISIONAL TERSEBUT DATANGLAH KE SARAWAK !! LAGI SERONOK KALAU ANDA SENDIRI YANG DATANG UNTUK MENCUBAA.. SELAMAT MENCUBA.. 

Mengenali Makanan Tradisional Iban

JOM !!! bersama saya mengenali makanan tradisional iban !!  sebelum saya memulakan blog saya mengenai makanan tradisional iban, saya ingin ...